Wednesday, 18 September 2013

YAB KM MELAKA MEMPERTAHANKAN JAWATAN MT.


YAB DW IR HAJI IDRIS HARON AKAN MEMPERTAHANKAN JAWATAN MAJLIS TERTINGGI UMNO. SELAMAT BERTANDING...

Tuesday, 17 September 2013

PERTANDINGAN 3 PENJURU KERUSI PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN.

MANA SATU NAK PILIH?



3 Calon daripada Pemuda telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Atau mungkin akan ada lagi calon yang menawarkan diri? Sama-sama kita nantikan apabila proses pendaftaran sayap ini ditutup nanti. Setakat ini, inilahlah calon-calonnya. Penulis ucapkan tahniah kepada ke tiga-tiga calon. Kini terpulanglah kepada perwakilan Pemuda untuk memilihnya.

Secara kasarnya ketiga-tiga calon ini bukanlah muka baru dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Mereka semua berjawatan dalam pergerakan sayap. Masing-masing telah pun dikenali. Mungkin bagi perwakilan baru kena ambil sedikit masa untuk kenal dengan dengan calon-calon tersebut. Dengan teknologi maya kini, perwakilan dapat mengakses segala maklumat sama ada profile calon, taraf pendidikan, pengalaman memegang jawatan dalam parti mahu pun NGO's. Begitu juga dengan slogan , misi dan visi calon-calon yang bertanding.

Tambahan pula sekarang ini kempen menerusi media arus perdana dan juga alam maya telah pun berlangsung dengan hangatnya. Ketiga-tiga calon telah pun berjumpa dengan Ketua-ketua Pemuda Cawangan dan juga perwakilan setelah kesemua sayap dalam bahagian Jasin telah habis menjalankan persidangan masing-masing. Ada yang berganti ketua pemuda cawangan menerusi pertandingan malah tidak ketinggalan juga yang dapat mengekalkan jawatan masing-masing tanpa dicabar. 

Kini semua calon-calon sedang menyusun strategi teknikal dan tektikal bagi memastikan kemenangan. Apa pun kita harapkan agar pertandingan peringkat sayap in berjalan dengan baik dan lancar. Elakkan dari menyerang peribadi dan tidak melanggar etika dan peraturan persidangan. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah satu jawatan yang mencabar kerana bukan mudah untuk menggembeling dan menyatukan orang muda yang kini rata-ratanya berpendidikan menengah dan tinggi. Tarifan dan erti politik bagi mereka tidak sama dengan pemuda dahulu. Orang muda kini lebih terbuka sama ada mereka ahli UMNO mahu pun tidak. Begitu juga dengan harapan mereka kepada kepimpinan Pemuda kini sudah berubah. Orang muda kini berharap agar suara mereka didengari dan dilaksanakan. 

Satu perkara lagi yang menjadi tuntutan adalah menghadapi pengundi muda pada PRU 14. Sudah pasti pada PRU 14 nanti akan terdapat lebih ramai lagi orang muda yang bakal menjadi pengundi. Itu pun jika mereka mendaftar sebagai pemilih. Ramai pemuda Melayu yang masih lagi belum mendaftar jika hendak dibandingkan dengan pemuda lain-lain bangsa. Inilah cabaran dan dugaan yang bakal menanti jawatan KETUA PEMUDA.

Wednesday, 11 September 2013

EMY MENAWARKAN DIRI UNTUK KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA.


DI POHONKAN SOKONGAN DARI SEMUA PUTERI DI MELAKA UNTUK CALON KITA

CALON 2 : KETUA PEMUDA PPUBJ.




YB ZAIDI ATAN - BERTANDING ATAU TIDAK?



Seorang pemimpin muda yang diketengahkan untuk menjadi calon DUN Serkam pada PRU 13.


Beroleh kemenangan menewaskan calon PAS. Majoriti meningkat.

Adakah wajar beliau bertanding kerusi TOP 5 atau setakat AJK Bahagian saja?  

KETUA PEMUDA PPUBJ AKAN DITANDINGI OLEH 3 CALON.


CALON 1 : IMANUDDIN ABD AZIZ. 

Kini memegang jawatan sebagai Penolong Bendahari PPUBJ. Dalam pemilihan cawangan yang baru berlalu, calon ini telah dipilih oleh perwakilan cawangan untuk memimpin cawangan tersebut sebagai Ketua Cawangan. 

Walau pun berlaku pertandingan 3 penjuru, ternyata ahli-ahli UMNO Cawangan Kg. Rim telah memilih beliau sebagi Ketua Cawangan. 

Ini menggambarkan bahawa bukan sahaja ahli-ahli telah meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk memimpin cawangan sebaliknya dari satu segi kepimpinannya telah diiktiraf oleh ahli ahli parti dikawasan beliau sendiri.

Beliau telah menyatakan hasrat untuk menawarkan diri, pengalaman, ilmu, kesetiaan bagi memimpin pergerakkan pemuda agar PPUBJ dapat memberikan sumbangan yang besar bagi parti untuk menghadapi PRU 14. 

Pengalaman PRU 13, telah meletakkan parti dalam keadaan tertekan, walau pun kerusi parlimen dan DUN Jasin dapat dikekalkan ditangan UMNO/BN namun situasi PRU 14 keadaan akan sengit lagi.


TIMBALAN CABAR KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN?



Datuk Mohd Said Yusof adalah pemegang jawatan Timbalan ketua UMNO Bahagian Jasin. Mantan ahli parlimen sepenggal ini masih lagi mempunyai pengikut dan sokongan di kalangan ahli-ahli parti dan juga ketua ketua UMNO Cawangan di bahagian Jasin.

Pengalaman beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin serta Timbalan Ketua selama 2 penggal adalah kelebihan kepada nya. Walau pun setakat ini tidak memberikan kenyataaan sama ada akan melanggar Ketua Bahagian ternyata sebahagian besar penyokong-penyokong beliau mengharapkan beliau bertanding kerusi nombor 1 di Jasin.

Persoalan adakah pertukaran ketua-ketua diperingkat cawangan akan memberikan kelebihan dan sokongan kepada beliau untuk bertanding Ketua Bahagian masih lagi belum dapat dipastikan lagi. Namun apa yang menarik perhatian penulis, dari perbualan yang di dengari dikedai-kedai kopi sekitar Jasin, ternyata ahli-ahli parti mahukan berlakunya tansformasi kepimpinan. Alasan mereka mudah, Jasin perlu dibangunkan lagi dari pelbagai sektor. Menurut mereka nama Jasin telah lama tengelam dari persada politik negeri Melaka.

Kepimpian baru diperingkat cawangan mahukan Jasin melalui satu peralihan kepimpinan bagi menyamakan pembangunan yang dialami di Melaka.

KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN BAKAL DICABAR?


Pemilihan kepimpinan UMNO termasuk di Jasin akan mengalami cabaran besar pada sidang pemilihan kali ini. Pertukaan hampir 50% Ketua UMNO Cawangan mungkin akan beri nafas bau kepada kepimpinan UMNO Jasin. Rata-rata orang muda yang ditemui mahukan kepimpinan lama digantikan dengan orang muda yang berpendidikan, ada wawasan serta yang pentingnya dapat membawa satu transformasi kepimpinan kepada UMNO Bahagian mahu pun Cawangan.

Kelesuan yang melanda UMNO Cawangan selama ini dari segi aktiviti dan program, dana dan juga gaya kepimpinan yang lemah tidak dapat dibiarkan berterusan bagi parti untuk menghadapi PRU 14. Berkurangnya majoriti yang diperolehi oleh calon-calon sewaktu PRU 13 kecuali DUN tertentu secara terang dan jelas menunjukkan pengundi khususnya bukan ahli UMNO mahukan kepimpinan BN/UMNO di pegang oleh warga muda yang dapat memberikan suntikan baru kepada parti.

Semacam kebetulan pula bila proses pemilihan di peringkat cawangan mula menunjukkan satu trend perubahan agar parti kurang masalah bila berdepan dengan pengundi pada PRU 14 kelak. Setakat kini, walau pun tiada calon-calon secara terang menyatakan untuk menawarkan diri bertanding kerusi Ketua UMNO Bahagian, tetapi gerakan senyap terus kedengaran akan ada calon yang bakal memberikan tentangan sengit kepada Ketua UMNO sekarang, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Sunday, 1 September 2013

ADA CALON BARU UNTUK NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN?

Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian paada tradisinya dipegang oleh YB Kawasan. Tapi ada juga disesetengah tempat dijawat bukan YB. Bagi UMNO bahagian Jasin, jawatan ini menjadi kerusi YB kawasan.

Berita terbaharu yang di sebarkan mengatakan bahawa ada seorang calon yang berhajat untuk bertanding jawatan ini yang datangnya dari bukan YB. Adakah perwakilan UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri akan menerima calon dan memberikan undi mereka kepada calon berkenaan? masih menjadi tanda tanya kepada admin....

Apa pun kita serahkan kepada perwakilan untuk menentukannya. Di masa proses pengundian nanti, perwakilan begitu besar kuasanya kerana ditangan merekalah akan menentukan nasib calon-calon yang bertanding sama ada mereka menang atau tewas.

Kepada calon yang menawarkan diri itu, adakah beliau sudah berfikir habis atau setakat untuk memeriahkan lagi proses pemilihan di bahagian Jasin. Apa pun dalam sistem demokrasi parti, sesiapa juga layak bertanding asalkan syarat-syarat pertandingan dipenuhi dan diikuti.

TIMBALAN KETUA UMNO JASIN AKAN BERTANDING MT?



Yang berbahagia Datuk Mohd Said Yusof kini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin 2008-2011. Dari angin yang bertiup kedengaran beliau akan menawarkan diri sebagai Majlis Tertinggi UMNO. Jika betul ianyanya satu transformasi bagi UMNO Jasin untuk seorang AJK Bahagian bertanding untuk jawatan tertinggi parti.

Sewajarnya niat beliau itu disokong sepenuhnya oleh AJK Bahagian dan seluruh Ketua Cawangan di bahagian Jasin bagi seorang pemimpin mereka untuk bertanding di peringkat MT.

Wednesday, 21 August 2013

TRANFORMASI KEPIMPINAN UMNO CAWANGAN DI JASIN. TEKANAN KEPADA KETUA BAHAGIAN.


ADAKAH INI AKAN BERI TEKANAN KEPADA KETUA BAHAGIAN YANG LAMA? NAMPAKNYA TELAH BERLAKU PERTUKARAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT CAWANGAN BILA ORANG MUDA MULA MEMEGANAG JAWATAN SEBAGAI KETUA UMNO CAWANGAN? ADAKAH ORANG MUDA SEKARANG AKAN BERI UNDI KEPADA KETUA BAHAGIAN YANG ADA SEKARANG UNTUK TERUS MENGEMUDI KEPIMPINAN BAHAGIAN ATAU PUN MEREKA JUGA RASA SUDAH TERLALU LAMA KETUA BAHAGIAN DUDUK DIKERUSI ITU DAN SEKARANG PERLUKAN KETUA YANG PENUHI DENGAN IDEA DAN BUKANNYA BERSIKAP PASIF? ATAU PUN KEPIMPINAN MUDA MULAI RASA SUDAH SAMPAI MASANYA PELUANG DAN RUANG DIBERIKAN KEPADA PEMIMPIN MUDA UNTUK MENERAJUI PARTI PADA PRU 14. SAMA-SAMA KITA NANTIKAN KEPUTUSANNYA.

Sunday, 18 August 2013

CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.


Akhirnya setelah memikirkan semasak-masaknya dan mendapat pandangan dan sokongan dari rakan-rakan maka Mohd Rafiq Naiza Mohaideen menyatakan pendiriannya dan keputusan untuk bertanding sebagai calon Exco Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah di atas keberanian anak muda ini demi agama, bangsa dan tanahair dan juga memeriahkan lagi calon calon dari Melaka..

Sudah sampai masanya beliau menawarkan diri dan fikiran bagi menyumbang demi pengukuhan parti dan juga masa depan generasi muda. Sebelum ini, beliau banyak menggunakan NGO's sebagai tapak kini sudah sampai masanya beliau bergerak menerusi pertubuhan siasah pula.

PEMILIHAN IMANUDDIN TAN SRI AZIZ BUKTI BAHAWA KEPIMPINAN BELIAU DIIKTIRAF DI CAWANGAN.


Tahniah diucapkan kepada Saudara Imanuddin Tan Sri Aziz kerana telah dipilih sebagai Ketua UMNO Cawangan Rim pada persidangan cawangan yang baru sahaja berlalu. Ternyata bahawa ahli-ahli UMNO Cawangan tersebut telah membuat keputusan dan pilihan yang tepat agar orang muda diberikan ruang dan peluang untuk menerajui kepimpinan di peringkat cawangan.

Ternyata ahli-ahli UMNO cawangan telah melakukan satu trnasformasi bermula dengan individu, cawangan dan diharapkan transformasi ini akan dapat diteruskan pada peringkat  bahagian pula serta MKT. Kepimpinan generasi muda jika diberikan peluang dapat menunjukkan kepimpinan mereka bagi memartabatkan lagi cawangan dari segi pentabdiran parti, aktiviti seterusnya mendekati ahli dan juga orang Melayu.

Pemilihan Saudara Imanuddin juga telah menolak dakwaan yang dibuat oleh setengah individu bahawa beliau jarang kelihatan di dalam kawasan. Sebagai seorang Ketua Cawangan bukan lah jadi isu jika jarang kelihatan di cawangan sebalik apa yang penting adalah sumbangan fikiran dan minda bagi memastikan UMNO Cawangan dan juga sayap agar bergerak dan bertindak supaya parti terus kukuh dan mendapat sokongan sewaktu PRU...

Friday, 16 August 2013

Pemilihan Agung UMNO Perlu Bermula Dengan Menghalau Turun Spesies Tak Sedar Diri Di Cawangan Dahulu


Pemilihan Agung UMNO merupakan event yang paling dinanti-nantikan, baik oleh orang UMNO mahupun orang bukan UMNO. Bahkan pemilihan baru pemegang-pemegang jawatan turut mendapat perhatian dunia memandangkan sebarang perubahan dalam UMNO, turut mempengaruhi perubahan pentadbiran negara.


Di Melaka, Ketua Menterinya,  Idris haron sudah pun memaklumkan bahawa dia masih belum bertemu ilham untuk bertanding. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka itu ialah, sebagai Ketua Menteri, secara automatik dia akan dilantik sebagai ahli MT. Terkini beliau juga mengalu-alukan jawatannya sebagai ketua Bahagian Tangga Batu di buka untuk pertandingan. siapa yang berani lawan Pengerusi Perhubungan negeri.

Sementara mantan KM Mohd Ali Rustam pula membayangkan akan bertanding jawatan tertinggi parti iaitu Naib Presiden namun belum berani memberikan lampu hijau lagi. Sikap tunggu dan lihat, masih lagi menghantui beliau. Terkini dikatakan beliau akan mencari spring partner nya iaitu Isa Samad. Namun apa yang menjadi persoalan adakah terdapat pertandingan bagi jawatan Ketua Bahagian Bukit Katil? Dengar ada suara-suara yang nak lawan atas alasan Mohd Ali dah kalah sewaktu PRU 13, jadi tak perlulah bertanding....ada umur sama-sama kita nantikan.


UMNO sudah terlalu lama menjadi gudang ternak manusia serakah yang tidak sedar diri dan tidak tahu diuntung. Kebanyakan daripada mereka sangat bijak bermain politik dalam UMNO tetapi apabila kepandaian dan kepintaran politik mereka diterjemahkan ke dalam bentuk Pilihanraya, mereka tidak ubah seperti pondan yang tercekik putik durian. Haram tak bertelur malah tiba-tiba sahaja menjadi manusia paling bongok yang terpegun melihat peruntukan besar untuk operasi dan aktiviti pilihanraya.

Bukan rahsia lagi bagaimana Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian UMNO bergelagat tidak ubah seperti lintah lapar. Mereka menjalar ke sana ke mari. Menggunakan nama UMNO untuk mendapatkan projek tetapi segala projek yang diperolehi atas nama UMNO, ditukarkan menjadi projek peribadi untuk menunjuk-nunjuk kekayaan kepada orang bawahan.
Bukan sedikit bekas ADUN dan Ketua Bahagian yang menjadi Ketua Cawangan. Biarpun sudah nyawa di hujung tanduk, walaupun pemikiran tidak lagi selari dengan perkembangan zaman, walaupun kepimpinan sudah ditolak oleh generasi muda, malah walaupun fungsinya selaku Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian gagal memenangkan Barisan Nasional dan UMNO, tetapi mereka masih kekal bergayut pada kuasa.
Modalnya ialah wang ringgit. Wang ringgit digunakan untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa. Wang ringgit itu pula diperolehi daripada nama UMNO Kawasan yang dijual untuk mendapatkan projek.
Menariknya, golongan ini kurang berpelajaran. Mereka amat getik dan takut dengan golongan berpelajaran. Selagi boleh, mereka akan mencantas dan berusaha mematikan mana-mana ahli UMNO yang berpotensi untuk menghumban mereka turun dari kuasa. Ada sesetengah daripada mereka hanya mempunyai kelulusan setakat SPM, malah yang hanya belajar setakat SRP juga ada. Lebih teruk lagi, ada juga Ketua Cawangan yang hanya belajar setakat Darjah 6!
Dalam kepala otak mereka ini, tidak ada benda lain yang mereka fikirkan kecuali PROJEK!
Bagi mereka, UMNO adalah PROJEK dan PROJEK adalah UMNO. Sekaligus menimbulkan persepsi awam bahawa di dalam UMNO sekarang ini, dipenuhi dengan golongan kontraktor yang menanti peluang untuk sapu projek. Bila mereka tidak dapat projek yang dihajatkan, mereka mengambil keputusan untuk menyertai PAS atau PKR.
Masa di dalam UMNO, nak keluarkan duit untuk parti, mengalahkan si bakhil dengan dinar emasnya. Tetapi apabila masuk PKR atau PAS, jangankan duit, bulu kemaluan pun mereka sanggup hadiahkan kepada parti. Kononnya untuk perjuangan walaupun hakikatnya, ia adalah sebagai tanda marah dan sakit hati kepada UMNO kerana tidak menganugerahkan projek kepada mereka.
Ada juga sesetengah Ketua Bahagian yang mendapat peruntukan Pilihanraya tetapi tidak digunakan. Sebaliknya peruntukan tersebut digunakan untuk pemilihan UMNO. Atau dengan kata-kata lain, yang lebih dipentingkan adalah kedudukanya dalam UMNO, bukannya kedudukan UMNO dalam politik negara.
Orang seperti ini sanggup melihat UMNO binasa berbanding dirinya tidak memegang jawatan dalam UMNO. Perhatikan sahajalah bagaimana keadaan mereka sewaktu Pilihanraya Umum berbanding aktifnya mereka semasa pemilihan jawatan UMNO. Bezanya seperti langit dengan bumi!
Barah seperti ini harus dihapuskan terlebih dahulu. Membetulkan kepimpinan, perlu bermula dari bawah. Kalau kepimpinan bawahan sudah pun caca merba, didatangkan Imam Mahdi untuk memimpin UMNO sekalipun, UMNO tidak akan dapat bertahan lama kerana permainan pemimpin-pemimpin bawahan yang tidak bertanggungjawab.
Ahli-ahli UMNO perlu melakukan transformasi dari bawah terlebih dahulu. Jangan dipersalahkan pemimpin atasan kerana pemimpin bawahan yang dipilih terdiri daripada bangkai berulat!

Thursday, 15 August 2013

KERUSI TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN.

Kini jawatan tersebut di sandang oleh :


Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Said Yusof
Mantan ahli parlimen Jasin.

PESAING.


YB Datuk Ghazalee Muhamad
Tim. Exco.
SU UMNO Bahagian

TERKINI - KERUSI KETUA PEMUDA BAHAGIAN JASIN PERTANDINGAN 4 PENJURU?


Siapakah seorang lagi calon yang bakal menawarkan diri? Sama-sama kita tunggu pada hari pendaftaran nanti. Setakat ini 3 orang menawarkan diri sebagai calon iaitu Sdra Jaslee Pit - P/Setiausaha Pemuda, Sdra Imanuddin Tan Sri Aziz - P/ Bendahari, Sdra Shahrul Azwar Aziz - mantan AJK Pemuda Bahagian. Dari angin yang bertiup kedengaran akan ada seorang lagi calon yang akan menawarkan diri sebagai calon KP PPUBJ...........

How The Malay Vote Was Lost GE 13.


BLOG Boikot Barangan Cina Dap: Mengapa Jadi Begini Wahai Melayu?

BLOG Boikot Barangan Cina Dap: Mengapa Jadi Begini Wahai Melayu?: Oleh CUCU TOK WAN - TheFlyingKick Tidak ada dalam negara di dunia ini, selain Malaysia yang Bumiputeranya sentiasa tunduk merendah ...

Sunday, 4 August 2013

KERUSI KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN AKAN DI CABAR???????


SIAPAKAH YANG BAKAL MENCABAR KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN YANG BARU SAHAJA DI LANTIK SEBAGAI TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI MELAKA.

SEMUA SEDAR JAWATAN TERSEBUT BUKANLAH SATU KETETAPAN YANG KETUA BAHAGIAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DICABAR.

RAMAI DIKALANGAN KETUA UMNO CAWANGAN YANG MAHUKAN BERLAKUNYA TRANSFORMASI JAWATAN TERSEBUT. MUNGKIN SIKAP BERDIAM DIRI KETUA CAWANGAN SELAMA INI DISALAH TAFSIRKAN OLEH KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN JASIN.

MAS ERMIEYANTI SAMSUDIN - KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

Anggota Parlimen Masjid Tanah Tawar Diri Tanding Ketua Puteri Umno





MELAKA, 4 Ogos (Bernama) -- Ketua Pergerakan Puteri Umno Melaka Mas Ermieyati Samsudin, 37, menawarkan diri bertanding bagi jawatan Ketua Puteri pada pemilihan parti kali ini, jawatan yang dikosong penyandangnya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata langkah itu diambil selepas mendapat maklum balas serta sokongan yang baik anggota dan sahabat puteri dari seluruh negara.

"Saya berharap berdasarkan pengalaman saya dalam Puteri selama tiga penggal sebagai Ketua Puteri Umno negeri, dan menjadi Exco selama dua penggal serta berada dalam kepimpinan tiga puteri yang berbeza sebelum ini, akan menjadi nilai tambah dan sokongan buat anggota puteri," katanya kepada pemberita di sini Ahad.



Mas Ermieyati, yang juga seorang peguam serta Anggota Parlimen Masjid Tanah setelah memenanginya pada pilihan raya umum Mei lepas, berkata beliau akan bekerja keras bagi mendapat sokongan anggota Puteri bagi meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini.

"Saya juga telahpun menyampaikan hasrat saya ini kepada Rosnah, dan Timbalan Menteri Kerja Raya itu menasihatkan agar saya bertanding secara sihat," katanya.

Rosnah tidak mempertahan jawatan Ketua Puteri kerana mencapai had umur selepas menerajui kepimpinan sayap itu selama lima tahun.

APABILA DATUK HASSAN RAHMAN DICABAR...


YB Datuk Hassan Rahman adalah merupakan ADUN Sungai Rambai. Jawatan parti yang disandangnya kini adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin. Pernah mencabar kerusi Ketua UMNO Bahagian Jasin tetapi akhirnya ambil keputusan menarik diri. Seorang YB yang bekerja kuat serta komited untuk DUN Sungai Rambai.

Namun kini terdapat ura-ura ada yang hendak mencabar beliau diperingkat cawangan lagi. Kemungkinan ini semua adalah kesan dari tidak terpilih sewaktu PRU 13. Masih ada lagi yang bermimpi jawatan tersebut walau pun PRU telah berlalu dan keputusan telah diketahui. Apa motif calon berkenaan untuk mencabar Datuk Hassan diperingkat cawangan lagi, hanya dia sahaja yang tahu agenda tersembunyi itu.

Apa pun kita sama-sama nantikan pada waktu mesyuarat cawangan nanti.................

Tuesday, 30 July 2013

CALON PEMUDA UMNO JASIN MENDAHULUI LAIN-LAIN.




1. Sdra Imanuddin bin Abd Aziz
2. Sdra Jezlee bin Pit.
3. Sdra Shahrul Azwar bin Aziz.

Friday, 26 July 2013

KESAN PENGUMUMAN PRESIDEN UMNO KEPADA UMNO BAH. JASIN.


6 Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri diumum

Pengumuman penting mengenai siapakah Pengerusi UMNO Negeri dan juga tarikh persidangan bahagian sebelum persidangan tahunan UMNO jelas dapat memberikan gambaran mengenai ketua-ketua UMNO Bahagian yang sewajarnya berundur diri sebelum diundurkan.

Namun yang menjadi permasalahan di sini adakah nama-nama yang dinamakan itu akan kekal sebagai Ketua Bahagian tanpa ditandingi . Kata lain menang tanpa bertanding. Jika sebelum ini kedengaran akan ada Ketua Ketua Bahagian yang akan dicabar.

Sebelum ini budaya dalam parti kebiasaannya apabila nama-nama dibacakan oleh Presiden parti akan kekal menang tanpa bertanding. Atau calon calon yang hendak tempur  ambil keputusan untuk mengikut sahaja. Senang kat jadi pak turut. atau pun nak main selamat untuk jawatan lain.

Persoalannya adakah pemilihan kali ini juga akan berlaku begitu sedemikian? Kadang-kadang bila ada dua pandangan yang berbeza antara sesama ahli parti maka perlu sekali dijaga ahlinya. Ini nak elakkan rumah siap pahat berbunyi. 

Berbalik kita pada UMNO Bahagian Jasin. Kali ini Ketua UMNO Bahagian UMNO Bah, Datuk Wira Ahmad Hamzah, dilantik sebagai Tim. Ketua. No. 2 selepas Datuk Wira Ir. Haji Idris Harun selaku pengerusi UMNO Negeri Melaka. Gabungan 2 pemimpin lama dan baru, muda dan orang lama. Tahniah kepada kedua-duanya yang ambil alih dari DS Mohd Ali Rustam dan DW Abu Seman Yusof selaku Timbalan dahulu.

Apa pun sebelum ini ada kedengaran ada calon yang nak langgar Ketua UMNO Bahagian Jasin. Namun adakah dengan perlantikan ini maka niat itu akan berkubur sahaja? Adakah calon tersebut rela melihat UMNO Bahagian Jasin terus malap di bawah kepimpinan Tok Mat? Berlaku pemusuhan antara kepimpinan UMNO Bahagian dengan Pemuda Bahagian, begitu juga dengan Puteri dan Wanita yang terus malap.....

Untuk itu, sama-sama kita tunggu siapakah yang akan borang kepada Perhubungan Negeri nanti.....  

Tuesday, 16 July 2013

UMNO BAHAGIAN JASIN ADA 2 TEAM.

Dari angin yang bertiup kencang selaju 100 km sejam di Jasin menunjukkan akan berlaku kemusnahan yang dahsyat. Nasib baik Jasin ni jauh dari laut, kalau tidak tentunya nelayan pantai tidak dapat ke laut. Rupanya angin sekarang bertiup kencang bukan setakat musim tengkujuh aje, hari biasa pun hebat tiupannya.

Memang kuat bila ada cerita. Itu lah yang penulis nak ceritakan iaitu akan ada 2 team menjelang pemilihan UMNO Bahagian Jasin akan datang ini. Bukan setakat Ketua Bahagian akan dicabar malah, Ketua Wanita, Ketua Puteri, Ketua Pemuda sekali. Tentu hebat tiupannya kan.


Bila semua sayap bertanding jadi kesimpulannya Ketua Bahagian juga menjadi 2 penjuru. Kebiasaannya Timbalan lah yang akan mencabar. Tapi di Jasin ini dengar cerita akan ada orang baru cabar Tok Mat. Orang Kuala Lumpur ke? Entah lah.....bagi penulis UMNO ini khususnya mereka yang berjawatan kerja lebih hebat waktu pilihanraya parti dari PRU..... senang aje sebab nak jadi calon dan bergelar YB....

Pasal 2 team ni, sekarang aku dengar cuma team Tok Mat dan Tok Said aje nak bertanding.. Secara kiraan mudahnya, jika Tok Mat sebagai Ketua Bahagian, tentunya "spring-partner" adalah Tok Ghazal. Tak kan lah Tok Mat nak ambil Tok Hassan pulak ye...alasannya mudah Tok Hassan pernah nak cabar Tok Mat bagi jawatan KB...tapi tak jadi. Lain lah kalau Tok Ghazal pun ada cita-cita nak pulun Tok Mat dan jadi KB.....OK juga begitu, faktanya larat ke Tok Ghazal nak tentang Tok Mat tanpa ada sokongan kuat....

        vs
AKAN BERLAKUKAH PERTEMBUNGAN INI? SETIAUSAHA VS BENDAHARI

Team Tok Mat boleh di jangka dah....beliau selaku Ketua Bahagian, Tok Ghazal -Timbalan, Yb Ron - Naib...jadi tinggallah Tok Hassan dengan YB Zaidi -  seorg Exco dan seorg lagi Tim. Exco. Ada kemungkinan YB Zaidi baru lagi lepaskan jawatan Ketua Pemuda akan ikut aje arus perdana. Lainlah kalau ada yang pelawa dia masuk dalam tean B untuk tumbangkan Tok Mat. Alasannya mudah dah lama sangat jadi KB dan tak buat apa-apa pun, setakat pegang jawatan dan dapat pencalonan untuk jadi calon pilihanraya. Dengan kata lain, kepimpinan Tok Mat di Jasin dah BEKU dan TEPU. Yang lain-lain tu nanti lepas raya ye penulis cerita.......suspen kan...

OK  berbalik team satu lagi, Adakah Tok Hassan akan cabar...tak masuk akal...Dulu tarik diri tentunya kelemahan telah dapat dihidu oleh Tok Mat....Jadi calon nya adalah ....Tok Said - Timbalan Ketua dan Bekas ahli parlimen Jasin yang nampaknya masih ada pengaruh dan sokongan dikalangan Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri. kemungkinan rekod baik dan hubungan yang dijalin masih lagi baik.....lagi pun Tok Said ini setakat ini tak pernah cabar kepimpinan Tok Mat...Ada juga pada pemilihan yang lepas dengar-dengar citer nak cabar tapi atas dasar setia kepada pemaufakatan maka hajat tu diamkan saje....

Jika Tok Said bertanding Ketua Bahagian siapakah partner-partner beliau. Yang pastinya Zaidi Attan dan Ron akan jadi pilihannya...dua-dua orang muda dari pemuda...dan DUN yang berbeza.  Tentunya Datuk Hassan tak masuk senari beliau......begitu juga dengan Tok Ghazal....yang dikenali orang suruhan Tok Mat.....

Namun kita tidak boleh nafikan akan peranan dan pengaruh Ketua Pemuda , Wanita dan Puteri yang baru bagi menentukan siapakah bakal ketua bahagian. Walau pun ada kedengaran jauh-jauh, ramai ketua cawangan dalam parlimen Jasin tak berapa berkenan dengan Tok Mat nie...tapi atas nama parti mereka buat-buat patuh dan setia....kalau lihat sikap Tok Mat pun, ramai akan akui kebenarannya....sikap tak begitu akran dengan kepimpinan Pemuda, Puteri dan Wanita sangat terserlah. lebih-lebih lgi soal dana untuk Pemuda dan Puteri. Kenalah hormat mereka berdua dipilih oleh perwakilan pemuda dan puteri menerusi sisitem pemilihan parti yang demokrasi lagi adil.....

cerita bersambung keepisod seterusnya.......

Sunday, 14 July 2013

JAWATAN KETUA WANITA BAHAGIAN JASIN AKAN DICABAR?


Adakah Wanita UMNO Bahagian Jasin bakal mendapat seorang pemimpin yang baru? Dari desas desus yang dirisik terdengar bahawa jawatan ini akan dicabar oleh salah seorang AJK Bahagian.

Apa pun sama-sama kita nantikan selepas calon calon yang bertanding nanti mendaftar nama mereka di Perhubungan UMNO Negeri. Di satu segi memang tidak dinafikan bahawa Wanita UMNO Bahagian Jasin memerlukan suntikan baru bagi menghadapi PRU 14 nanti.

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN SELURUH NEGARA.


PASTIKAN PEMILINAN JAWATAN PERINGKAT CAWANGAN MENGUKUHKAN PARTI .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesyuarat Umno peringkat cawangan akan berlangsung dari 15 Julai hingga 30 Ogos ini. Memandangkan kekuatan dan keutuhan parti adalah bermula diperingkat cawangan kerana Bahagian tidak ramai, tetapi(anggota) cawangan beratus, beribu orang. Jadi, betapa (pentingnya) cawangan itu dijaga dengan baik, dipimpin dengan baik oleh bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan, berintegriti dan mesra orang muda.
Walaupun semua anggota bebas menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan, pada masa yang sama mereka perlu memastikan sebarang pertandingan itu menyumbang kepada kekuatan parti dan bukan melemahkannya. Pemilihan UMNO di semua peringkat seolah-olah telah menjadi tradisi apabila sahaja berlaku pertandingan maka ianya akan dituruti dengan perpecahan di semua peringkat. Yang kalah akan kehilangan segalanya manakala yang menang akan dapat segalanya.
Peringatan penulis ialah utamakan perpaduan parti. Cawangan merupakan kekuatan kita. Di situ tunjang kekuatan parti kita. Pindaan perlembagaan parti khususnya yang berkaitan dengan pemilihan dijangka menarik ramai ahli untuk menawarkan diri untuk merebut jawatan untuk menyumbang idea, tenaga demi kebaikan parti masa akan datang. Namun dalam masa yang masa ahli-ahli juga kena diperingatkan bahawa berdasarkan keputusan PRU 13 jelas menunjukkan bahawa kekuatan BN banyak disumbangkan oleh UMNO berbanding dengan parti-parti komponen. Maka kelemahan UMNO akan diambil kesempatan oleh pembangkang untuk melangsaikan niat mereka untuk menawan Putrajaya.
Ahli-ahli parti disemua peringkat juga wajar diperingatkan bahawa tiada gunanya jika mereka bersorak pada persidangan cawangan, bahagian dan MKT seandainya kampung mereka tergadai kepada pembangkang. Lebih-lebih lagi dilihat UMNO sendiri belum bersedia untuk menjadi pembangkang yang berkesan jika dilihat dari beberapa negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Di Melaka sendiri untuk sekian kalinya PAS berjaya menempatkan diri mereka di DUN Bukit Baru setelah mereka gagal sebelum ini.
Apa pun kepada cawangan-cawangan yang bakal bersidang pada Isnin ini penulis ucapkan selamat bersidang dengan penuh semangat bagi mengekalkan parti keramat ini kekal dulu, kini dan selamanya.



Wednesday, 10 July 2013

MAJLIS DIALOQ EXCO BERSAMA JKKK.

Usaha yang baik dilakukan oleh EXCO berkenaan. Namun saperti biasa kehadiran warga JKKK begitu kurang. mengapa jawatan mahu tapi tak gemar datang mesyurat serta dialoq? Selama ini banyak teguran yang dibuat oleh anggota JKKK tetapi tidak secara rasmi. Pentas sudah disediakan, namun masih lagi tidak mahu datang bila dipanggil. Apa nak jadi?

Begitu juga dengan kehadiran daripada agensi-agensi yang bersangkutan dengan JKKK. Ada agensi yang langsung tidak hantar wakil pun. kalau marah pun dengan YB jangan lah sampai tak hantar wakil. Macam mane hal penduduk nak selesai?

JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO JASIN.


Sdra. Imanuddin Abd Aziz , telah menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO Jasin pada pemilihan akan datang.

MENGAPA JASIN PERLUKAN KETUA BAHAGIAN YANG BARU?


Mampukah Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin jika ada pertandingan? Jika soalan ini diajukan kepada penyokong setia maka sudah tentu jawapannya berbeza dengan jawapan yang diberikan oleh pencabarnya. Persoalan yang terfikir siapakah yang bakal mencabar beliau pada pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jasin? Adakah Datuk Hassan Rahman, Ketua Penerangan UMNO atau pun Timbalan Ketua UMNO Jasin Datuk Mohd Said Yusof atau pun Setiausaha UMNO Datuk Ghazalee? Semuanya berkemungkinan. Itulah politik hari ini musuh esok jadi kawan begitulah sebaliknya.

Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapa perlu kita tukar Ketua Bahagian jika tiada masalah yang besar dalam parti. Cakap-cakap ini hanya untuk menyedapkan telinga agar orang yang nak mencabar jawatan tersebut menarik balik hajat mereka. Jadi mereka dalam keadaan selamat untuk terus memegang jawatan. Pada ahli-ahli UMNO sendiri kita akan berjumpa dengan alasan yang berbeza. Ada yang mahukan beliau terus memimpin malah ada juga yang suruh beliau melepaskan jawatan tersebut.

Kepada Pemuda, Wanita dan Puteri juga saperti biasa ada yang menyokong dan tidak kurang yang membantah. Kata mereka yang membantah lama dah beliau memimpin, tak ada perubahan yang nyata di Jasin, memimpin dengan corak yang lama, menjadikan kepimpinan UMNO Cawangan berpecah belah dan sebagainya. Memang itulah yang berlaku setiap kali ada pertandingan dalam parti, musnah apa yang dibina selama ini.

Suatu perkara yang wajar dan perlu disedari oleh kepimpinan UMNO Cawangan jika di biarkan kepimpinan lama terus menerajui UMNO Bahagian Jasin, maka apakah peluang UMNO/BN untuk memenangi PRU 14 akan datang nanti. Pengundi muda semakin jauh dengan UMNO. Malah kemarahan mereka itu ditunjukkan bila sebahagian besar mereka tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Ini sangat berbeza dengan kaum bukan Melayu. Orang muda sering mengatakan bahawa pemimpin yang sedia ada hanya mementingkan diri dan kroni mereka sahaja. Buat program di bahagian pun setakat ingin menunjuk dan lepas batuk ditangga. 

Jadi sudah sampai saat dan ketikanya kita menukar kepimpinan UMNO Bahagian Jasin jika mahukan Umno terus relevan di masa akan datang. Gantikan semua AJK jangan malu-malu buat transformasi demi kebaikan semua pihak dulu, kini dan selamanya.

Saturday, 6 July 2013

Umno Jasin perlu transformasi radikal dan lebih komprehensif.


Umno Bahagian Jasin perlu melalui satu proses transformasi politik dan kepimpinan yang lebih komprehensif dan radikal untuk mendepani pelbagai cabaran yang muncul bersama peredaran zaman. Ini bagi memastikan ianya menjadi sebuah parti politik Melayu Islam dan Malaysia yang lebih dinamis, inklusif dan berwawasan, parti keramat orang Melayu itu perlu lebih universal dari segi perjuangan tanpa melupakan objektif asal penubuhannya. 

Kemasukan golongan kelas menengah Melayu serta generasi muda yang citra dan pemikiran mereka berbeza dengan generasi awal yang membina asas dan mencorak hala tuju Umno perlu disantuni dan didampingi secara lebih dekat dapat memastikan ianya terus relevan pada PRU 14 khususnya bagi memastikan Parlimen Jasin beserta dengan 5 DUN terus kekal di tangan Barisan Nasional.

Kepimpinan lama UMNO Bahagian Jasin kelihatan seolah-olah telah kehabisan idea baru bagi menghadapi hari muka. Tambahan pula kemenangan pembangkang di Parlimen Bukit Katil dan DUN Bukit Baru pada PRU 13 pada 5 Mei lalu sewajarnya dapat memberikan petanda kepada kepimpinan UMNO Cawangan di Jasin, jika tiada langkah diambil maka ianya tidak mustahil akan berlaku di Jasin. Malahan berkurangnya majoriti yang dimenangi  diperingkat DUN berbanding keputusan PRU 12 2008 wajar dijadikan peringatan.

Golongan kelas menengah yang menghuni di taman serta penghijrahan anak-anak muda dari desa ke bandar-bandar besar merupakan pasak kekuatan Umno yang baru. Dengan berdampingan bersama generasi muda, parti akan mendapat suntikan semangat dan idea-idea baharu untuk terus memperkukuh perjuangan Umno seiring peredaran zaman. Malangnya perkara ini tidak kerap berlaku di Jasin. Orang muda di Jasin kelihatannya berjalan bersendirian.

Bagi memastikan proses peremajaan Umno berlaku lebih pantas, parti itu perlu membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda, kumpulan profesional dan golongan kelas menengah Melayu untuk bergiat secara lebih aktif dalam Umno. Menghalang kemasukan mereka akan mendatangkan kesan buruk kepada jangka masa panjang. Orang muda mula melihat kepimpinan lama seolah menjadi penghalang kepada kepimpinan pelapis demi masa depan orang Melayu. Kemasukan mereka ke dalam Umno mesti dialu-alukan, malah mereka juga perlu dibimbing untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam parti seterusnya menerajui parti pada masa hadapan.

Dalam tempoh yang singkat ini setiap peringkat kepimpinan Umno daripada   bahagian dan cawangan perlu bermuhasabah melakukan pembetulan dan bertindak untuk memastikan Umno dapat terus mengungguli perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara yang tercinta.


Tuesday, 2 July 2013

JKKK DAN TRANSFORMASI.....BILA AKAN BERLAKU DI MELAKA?


Tahun 2013 memberikan satu sirna kepada institusi JKKK dan JKKB di Melaka. Cadangan untuk menaikkan elaun dan juga pembukaan pejabat JKKK telah mewarnai institusi tersebut. Untuk itu sekalung tahniah dihulurkan kepada Exco berkenaan. Malah kesediaan Exco untuk berdialoq dengan Pengerusi JKKK dan JKKB membuka lembaran baru.

Institusi ini merupakan tempat masyarakat desa dan taman untuk menyuarakan akan keperluan-keperluan setempat sepeti jalan, longkang, parit, dan keperluan-keperluan semasa lain. Sama ada untuk menuntut bagi mengadakan yang baru atau pun menaik taraf yang lama akibat uzur ditelan zaman.

Daripada perbualan penulis dengan beberapa Pengerusi JKKK dan JKKB ternyata idea ini disambut baik. Bagi mereka yang komited wang bukanlah ukurannya sebaliknya kepuasan memberikan khidmat kepada warga menjadi objektif utama. Namun tidak kurang juga yang masih ragu-ragu boleh ke transformasi ini berlaku. Apa pun kita hendaklah letak kepercayaan sepenuhnya kepada Exco berkenaan untuk melakukan pembaharuan dan perubahan.

Melihat kepada persekitaran dan nilai-nilai masyarakat baik desa, pinggir bandar atau pun bandar sendiri telah melalui satu zaman dimana mereka mahukan suara dan idea mereka diambil kira dalam pembangunan sesuatu tempat. Maklum sajalah kini masyarakat bukan sahaja bermaklumat malah ramai yang telah berilmu, jadi sudah pastinya harapan dan permintaan mereka berbeza dengan suatu ketika dulu.

Tranformasi institusi ini diharapkan bukan setakat kepada elaun dan pejabat sahaja malah keanggotaan JKKK juga perlu dibuat pembaharuan. Kemasukan generasi muda dan golongan berilmu serta berpengaruh dijangka dapat memantapkan institusi ini dari segi sumbangan kepada masyarkat setempat. Begitu juga tidak keinggalan dengan pertubuhan sukarela (NGO's).


UMNO BAHAGIAN JASIN TIDAK ADA PERTANDINGAN?



Desas desus mengatakan bahawa UMNO Bahagian Jasin pada persidangan bahagian tidak akan ada pertandingan pada musim pemilihan akan datang. Itu cakap-cakap  yang penulis dengar dari teman-teman rapat. Ya...lah masakan pokok bergoyang jika tak ada angin bertiup. Saperti biasa menjelang pilihanraya parti macam-macam cerita dan berita dikhabarkan. Ada yang bertujuan untuk memancing. Kata lain ada agenda tersurat dan tersirat.

Jika benar maknanya Ketua Bahagian masih lagi Tok Mat. Bagaimana pula dengan jawatan Timbalan Ketua bahagian. Adakah Tok Said tidak bertanding dan bersedia melepaskan jawatan kepada YB-YB yang ada atau terus mengekalkan jawatannya. Walau pun sekadar bekas Ahli Parlimen Jasin, sokongan daripada Ketua UMNO Cawangan terhadap beliau tidak boleh dipandangan ringan. Siapakah dikalangan YB yang wajar dipilih nanti. Sama-sama kita nantikan......

Begitu juga dengan jawatan NaibKetua....Setakat ini bunga-bunga dah nampak....tapi tak jelas...apa pun kita
dengar cerita YB Roslan Ahmad ADUN Merlimau di petik akan bertanding jawatan ini. Menang dalam PRK Merlimau dan terpilih sekali lagi pada PRU 13 telah meletakkan calon ini sebagai seorang yang tidak boleh dipandang ringan. Lebih-lebih lagi sebagai ADUN muda adakah YB ini akan mendapat kepercayaan dari sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri......Adakah majoriti berkurangan yang diperolehi ketika PRU 13 akan beri kesan kepada sokongan yang diberikan oleh perwakilan kali ini.....

Bagi Ketua Penerangan UMNO iaitu YB Datuk Hasan Rahman ADUN Sungai Rambai yang pernah cuba untuk mencabar jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan yang lepas tetapi akhirnya menarik diri juga membuka satu lagi lembaran untuk mencabar jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin. Kali ini YB Datuk Hassan Rahman telah dilantik menjawatan jawatan EXCO...Persoalan adakah dengan jawatan baru ini, akan meningkatkan lagi keyakinan beliau untuk mencabar jawatan nombor satu di bahagian Jasin.....

Bagi Setiausaha UMNO Bahagian yang juga ADUN Rim yang sebelum ini ADUN Serkam turut menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin juga tidak boleh diketepikan. Beliau yang dikatakan dalam team Tok Mat akan cuba "test market" kali ini. Kelebihan sebagai SU Bahagian akan digunakan bagi meraih undi dari perwakilan....Terpulang kepada perwakilan sama ada mahukan orang lama atau sudah sampai masanya Jasin diterajui orang baru....

Sementara ADUN Serkam yang baru YB Sdra Zaidi Attan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin masih belum lagi menyatakan pendiriannya. Penggal terakhir sebagai Ketua Pemuda dijangka YB ini akan dapat sokongan dari cawangan nya sendiri dan juga dari perwakilan Pemuda, Puteri dan Wanita. Adakah beliau rasa belum sampai masanya untuk beliau berada dalam jawatan utama UMNO Jasin atau mahu menumpukan kepada kerja-kerja di DUN beliau.....sama-sama kita nantikan.

RUMUSAN : 'Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa'

FORUM ANJURAN MUBARAK.
AHLI PANEL :

1. Datuk Abdul Rahman Ibrahim (Setiausaha Agung); 
    Datuk Abdul Rahman Sulaiman (Ketua Penerangan); 
    Tan Sri Abdul Aziz Samsudin (Ahli Majlis Tertinggi).

2. B
ekas Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said;
     Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan 
     Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia           (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Shamsul Adabi Mamat.
   Pensyarah Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah;
 Perunding, Pusat Kajian Dasar Malaysia, Datuk Mohamed Dahan Abdul Latiff dan pemimpin-pemimpin pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).
 

Cabaran pertama: Menarik sokongan pengundi di kawasan bandar.

Usaha mengembalikan keyakinan pengundi bandar yang majoritinya kaum Cina mesti dipergiatkan. Gejala perpecahan pengundi Melayu di beberapa kawasan Parlimen seperti Shah Alam dan Pandan juga hendaklah diatasi. Gerakan pemindahan pengundi antara kawasan Parlimen dikesan berlaku di bandar menjelang PRU-13. Persoalannya, adakah pengundi yang membuat permohonan tukar alamat pada daftar pemilih SPR benar-benar berpindah ke alamat baharu? Bagi mengelakkan keraguan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta memperketatkan prosedur pertukaran alamat pada MyKad seperti mewajibkan pemohon mengemukakan dokumen sokongan seperti bil air dan elektrik.

Cabaran kedua: Melawan fitnah yang ditaburkan pakatan pembangkang menerusi media sosial.

Rata-rata peserta perbincangan meja bulat mengakui tentera siber pakatan pembangkang berteraskan kekuatan 'Red Bean Army' yang didalangi DAP sangat komited menyebarkan fitnah terhadap kerajaan dan BN. Ada yang berpandangan, BN tewas dalam medan peperangan media sosial. Dari sudut positif, faktor itu disebabkan budaya fitnah tidak wujud dalam BN.

Namun, tentera siber BN tidak boleh sekadar mengambil pendekatan bertahan dan hanya memberi penjelasan terhadap fitnah yang disebarkan pembangkang di media sosial. Serangan balas hendaklah dilancarkan dan BN seharusnya mewujudkan unit media baharu di setiap negeri malah sekiranya boleh, di setiap bahagian. Jentera yang terlibat dalam peperangan siber hendaklah tersusun, terlatih, komited dan berpengetahuan.

Cabaran ketiga: Kegiatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang aktif dan teratur.

BN tidak boleh memandang sebelah mata terhadap peranan yang dimainkan oleh NGO propembangkang termasuk Suaram dan Bersih. Dakyah-dakyah yang disebarkan NGO-NGO terbabit bertujuan mengikis keyakinan rakyat terhadap BN dan SPR. Lebih membimbangkan, ada di antara NGO propembangkang menerima dana asing untuk membiayai kegiatan mereka. Malangnya, tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi mengawal penyaluran dana asing kepada NGO di negara ini.

Cabaran keempat: Penyaluran dana asing kepada parti politik pembangkang.

Banyak negara di dunia mewajibkan parti-parti politik mengisytiharkan jumlah dana asing yang diterima namun tidak pasti sama ada peraturan serupa diamalkan di Malaysia. Parti politik mesti telus dalam perkara ini agar pengundi boleh membuat pertimbangan sewajarnya. Mungkin pihak asing yang memberi dana itu ada kepentingan tersembunyi. Sekiranya parti politik yang menerima dana asing diberi mandat untuk memerintah, kerajaan yang dibentuk pasti terpaksa tunduk kepada telunjuk pihak luar.

Cabaran kelima: Persepsi negatif terhadap media arus perdana.

Dalam hal ini, Utusan Malaysia yang lantang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sejak 2008 dijadikan sasaran utama oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba menjatuhkan kredibiliti Utusan Malaysia dengan melabelkannya sebagai akhbar penyebar fitnah dan pembohongan serta bersifat perkauman. Kempen memburukkan nama Utusan Malaysia turut melibatkan media propembangkang.

Utusan Malaysia tidak gentar meneruskan perjuangan walaupun diancam dengan tindakan saman oleh pembangkang. Salah seorang peserta perbincangan turut menyarankan agar media arus perdana mengelakkan laporan berunsur spekulatif bagi mengembalikan keyakinan pembaca terutamanya golongan muda.

Cabaran keenam: Pakatan pembangkang lebih agresif dalam usaha menambah pengundi baharu.

Sepanjang Mei 2013, pendaftaran pengundi baharu oleh parti-parti komponen BN adalah sebanyak 516 orang (UMNO-449, MCA-43 dan MIC-24). Bilangan 524 pengundi baharu yang didaftarkan oleh DAP sahaja sudah mengatasi prestasi BN. Itu belum dicampur dengan pencapaian Pas dan PKR yang masing-masing mendaftarkan sebanyak 110 dan 65 pengundi baharu. Kesimpulannya, BN mesti mempergiatkan gerak kerja mendaftar pengundi baharu kerana kumpulan ini diunjurkan mempunyai peratusan yang tinggi dalam demografik pengundi PRU-14.

Cabaran ketujuh: Menarik pengundi atas pagar.

Antara 20 hingga 30 peratus pengundi di setiap kawasan Parlimen mengambil sikap berkecuali dengan tidak cenderung memihak kepada mana-mana parti. Bilangan pengundi atas pagar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih rendah, dianggarkan sekitar 10 hingga 15 peratus. Di kawasan bandar, pengundi atas pagar lazimnya membuat keputusan berdasarkan isu nasional manakala di kawasan luar bandar, keputusan mereka lebih dipengaruhi oleh isu peribadi.

Cabaran kelapan: Komitmen tinggi ejen tempat mengundi, ejen mengira undi dan ejen barong (PACABA) pakatan pembangkang.

PACABA pakatan pembangkang memainkan peranan yang agresif pada hari mengundi PRU-13. Mereka didakwa terlibat dalam menjayakan tohmahan warga Bangladesh keluar mengundi. Komitmen wakil-wakil BN dalam perkara ini dikatakan masih jauh ketinggalan berbanding pesaing mereka daripada pakatan pembangkang.

Cabaran kesembilan: Mendekati generasi Y yang berumur 21 tahun ke atas di kampus.

Pakatan pembangkang lebih hampir dengan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan mereka menganjurkan banyak program tidak formal bagi mencapai matlamat itu. Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilihat lebih mesra mahasiswa dan tidak terlalu terikat dengan protokol.

Mereka sanggup bersembang dengan pelajar-pelajar IPT tempatan di warung-warung tepi jalan secara terbuka. Pemimpin-pemimpin BN pun menggunakan pendekatan serupa tetapi bilangan mereka boleh dibilang dengan jari. Turut dibangkitkan ialah kecenderungan BN menggunakan khidmat pelajar-pelajar universiti luar negara untuk berkempen sedangkan peranan pelajar-pelajar IPT tempatan dipinggirkan.

Cabaran ke-10: Mendekati jemaah masjid dan surau.

Sekali lagi, Pas mengatasi UMNO dalam cabaran ini. Kesannya, orang Melayu dan umat Islam yang sering mengimarahkan masjid dan surau lebih cenderung menyokong pakatan pembangkang.

Cabaran ke-11: Pengedaran akhbar-akhbar parti pembangkang iaitu Harakah, Suara Keadilan dan Roket tanpa sekatan.

Orang ramai bebas membeli ketiga-tiga akhbar terbabit di pasaran walaupun permit pengedaran dihadkan dalam kalangan ahli parti sahaja. Selain itu, pakatan pembangkang giat mengedarkan risalah-risalah politik kepada orang ramai secara berterusan.

Cabaran ke-12: Portal media 'online' oleh pakatan pembangkang dan NGO propembangkang.

Lambakan portal media 'online' propembangkang turut meningkatkan kegiatan menghentam kerajaan dan BN. Pengundi muda lebih gemar mendapatkan maklumat daripada media baharu ini walaupun laporannya tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Cabaran ke-13: Pertambahan kawasan baharu.

Pakatan pembangkang tidak mahu kaedah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan SPR sejak merdeka dikekalkan. Mereka tetap membantah walaupun persempadanan semula mesti dilakukan seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini dijangka menghadapi kesukaran memandangkan BN tidak menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Cabaran ke-14: Usaha menjatuhkan kredibiliti institusi awam.

Tiga institusi yang sering dijadikan sasaran serangan pakatan pembangkang ialah SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apabila rakyat khususnya bukan Melayu hilang keyakinan terhadap institusi berkenaan, mereka tidak lagi mempercayai kerajaan. Serangan dijangka lebih hebat menjelang PRU-14.