Wednesday, 11 September 2013

KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN BAKAL DICABAR?


Pemilihan kepimpinan UMNO termasuk di Jasin akan mengalami cabaran besar pada sidang pemilihan kali ini. Pertukaan hampir 50% Ketua UMNO Cawangan mungkin akan beri nafas bau kepada kepimpinan UMNO Jasin. Rata-rata orang muda yang ditemui mahukan kepimpinan lama digantikan dengan orang muda yang berpendidikan, ada wawasan serta yang pentingnya dapat membawa satu transformasi kepimpinan kepada UMNO Bahagian mahu pun Cawangan.

Kelesuan yang melanda UMNO Cawangan selama ini dari segi aktiviti dan program, dana dan juga gaya kepimpinan yang lemah tidak dapat dibiarkan berterusan bagi parti untuk menghadapi PRU 14. Berkurangnya majoriti yang diperolehi oleh calon-calon sewaktu PRU 13 kecuali DUN tertentu secara terang dan jelas menunjukkan pengundi khususnya bukan ahli UMNO mahukan kepimpinan BN/UMNO di pegang oleh warga muda yang dapat memberikan suntikan baru kepada parti.

Semacam kebetulan pula bila proses pemilihan di peringkat cawangan mula menunjukkan satu trend perubahan agar parti kurang masalah bila berdepan dengan pengundi pada PRU 14 kelak. Setakat kini, walau pun tiada calon-calon secara terang menyatakan untuk menawarkan diri bertanding kerusi Ketua UMNO Bahagian, tetapi gerakan senyap terus kedengaran akan ada calon yang bakal memberikan tentangan sengit kepada Ketua UMNO sekarang, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

No comments:

Post a Comment