6 Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri diumum
Pengumuman penting mengenai siapakah Pengerusi UMNO Negeri dan juga tarikh persidangan bahagian sebelum persidangan tahunan UMNO jelas dapat memberikan gambaran mengenai ketua-ketua UMNO Bahagian yang sewajarnya berundur diri sebelum diundurkan.
Namun yang menjadi permasalahan di sini adakah nama-nama yang dinamakan itu akan kekal sebagai Ketua Bahagian tanpa ditandingi . Kata lain menang tanpa bertanding. Jika sebelum ini kedengaran akan ada Ketua Ketua Bahagian yang akan dicabar.
Sebelum ini budaya dalam parti kebiasaannya apabila nama-nama dibacakan oleh Presiden parti akan kekal menang tanpa bertanding. Atau calon calon yang hendak tempur ambil keputusan untuk mengikut sahaja. Senang kat jadi pak turut. atau pun nak main selamat untuk jawatan lain.
Persoalannya adakah pemilihan kali ini juga akan berlaku begitu sedemikian? Kadang-kadang bila ada dua pandangan yang berbeza antara sesama ahli parti maka perlu sekali dijaga ahlinya. Ini nak elakkan rumah siap pahat berbunyi.
Berbalik kita pada UMNO Bahagian Jasin. Kali ini Ketua UMNO Bahagian UMNO Bah, Datuk Wira Ahmad Hamzah, dilantik sebagai Tim. Ketua. No. 2 selepas Datuk Wira Ir. Haji Idris Harun selaku pengerusi UMNO Negeri Melaka. Gabungan 2 pemimpin lama dan baru, muda dan orang lama. Tahniah kepada kedua-duanya yang ambil alih dari DS Mohd Ali Rustam dan DW Abu Seman Yusof selaku Timbalan dahulu.
Apa pun sebelum ini ada kedengaran ada calon yang nak langgar Ketua UMNO Bahagian Jasin. Namun adakah dengan perlantikan ini maka niat itu akan berkubur sahaja? Adakah calon tersebut rela melihat UMNO Bahagian Jasin terus malap di bawah kepimpinan Tok Mat? Berlaku pemusuhan antara kepimpinan UMNO Bahagian dengan Pemuda Bahagian, begitu juga dengan Puteri dan Wanita yang terus malap.....
Untuk itu, sama-sama kita tunggu siapakah yang akan borang kepada Perhubungan Negeri nanti.....
No comments:
Post a Comment