Sunday, 14 July 2013

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN SELURUH NEGARA.


PASTIKAN PEMILINAN JAWATAN PERINGKAT CAWANGAN MENGUKUHKAN PARTI .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesyuarat Umno peringkat cawangan akan berlangsung dari 15 Julai hingga 30 Ogos ini. Memandangkan kekuatan dan keutuhan parti adalah bermula diperingkat cawangan kerana Bahagian tidak ramai, tetapi(anggota) cawangan beratus, beribu orang. Jadi, betapa (pentingnya) cawangan itu dijaga dengan baik, dipimpin dengan baik oleh bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan, berintegriti dan mesra orang muda.
Walaupun semua anggota bebas menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan, pada masa yang sama mereka perlu memastikan sebarang pertandingan itu menyumbang kepada kekuatan parti dan bukan melemahkannya. Pemilihan UMNO di semua peringkat seolah-olah telah menjadi tradisi apabila sahaja berlaku pertandingan maka ianya akan dituruti dengan perpecahan di semua peringkat. Yang kalah akan kehilangan segalanya manakala yang menang akan dapat segalanya.
Peringatan penulis ialah utamakan perpaduan parti. Cawangan merupakan kekuatan kita. Di situ tunjang kekuatan parti kita. Pindaan perlembagaan parti khususnya yang berkaitan dengan pemilihan dijangka menarik ramai ahli untuk menawarkan diri untuk merebut jawatan untuk menyumbang idea, tenaga demi kebaikan parti masa akan datang. Namun dalam masa yang masa ahli-ahli juga kena diperingatkan bahawa berdasarkan keputusan PRU 13 jelas menunjukkan bahawa kekuatan BN banyak disumbangkan oleh UMNO berbanding dengan parti-parti komponen. Maka kelemahan UMNO akan diambil kesempatan oleh pembangkang untuk melangsaikan niat mereka untuk menawan Putrajaya.
Ahli-ahli parti disemua peringkat juga wajar diperingatkan bahawa tiada gunanya jika mereka bersorak pada persidangan cawangan, bahagian dan MKT seandainya kampung mereka tergadai kepada pembangkang. Lebih-lebih lagi dilihat UMNO sendiri belum bersedia untuk menjadi pembangkang yang berkesan jika dilihat dari beberapa negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Di Melaka sendiri untuk sekian kalinya PAS berjaya menempatkan diri mereka di DUN Bukit Baru setelah mereka gagal sebelum ini.
Apa pun kepada cawangan-cawangan yang bakal bersidang pada Isnin ini penulis ucapkan selamat bersidang dengan penuh semangat bagi mengekalkan parti keramat ini kekal dulu, kini dan selamanya.



No comments:

Post a Comment