MANA SATU NAK PILIH?
3 Calon daripada Pemuda telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Atau mungkin akan ada lagi calon yang menawarkan diri? Sama-sama kita nantikan apabila proses pendaftaran sayap ini ditutup nanti. Setakat ini, inilahlah calon-calonnya. Penulis ucapkan tahniah kepada ke tiga-tiga calon. Kini terpulanglah kepada perwakilan Pemuda untuk memilihnya.
Secara kasarnya ketiga-tiga calon ini bukanlah muka baru dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Mereka semua berjawatan dalam pergerakan sayap. Masing-masing telah pun dikenali. Mungkin bagi perwakilan baru kena ambil sedikit masa untuk kenal dengan dengan calon-calon tersebut. Dengan teknologi maya kini, perwakilan dapat mengakses segala maklumat sama ada profile calon, taraf pendidikan, pengalaman memegang jawatan dalam parti mahu pun NGO's. Begitu juga dengan slogan , misi dan visi calon-calon yang bertanding.
Tambahan pula sekarang ini kempen menerusi media arus perdana dan juga alam maya telah pun berlangsung dengan hangatnya. Ketiga-tiga calon telah pun berjumpa dengan Ketua-ketua Pemuda Cawangan dan juga perwakilan setelah kesemua sayap dalam bahagian Jasin telah habis menjalankan persidangan masing-masing. Ada yang berganti ketua pemuda cawangan menerusi pertandingan malah tidak ketinggalan juga yang dapat mengekalkan jawatan masing-masing tanpa dicabar.
Kini semua calon-calon sedang menyusun strategi teknikal dan tektikal bagi memastikan kemenangan. Apa pun kita harapkan agar pertandingan peringkat sayap in berjalan dengan baik dan lancar. Elakkan dari menyerang peribadi dan tidak melanggar etika dan peraturan persidangan. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah satu jawatan yang mencabar kerana bukan mudah untuk menggembeling dan menyatukan orang muda yang kini rata-ratanya berpendidikan menengah dan tinggi. Tarifan dan erti politik bagi mereka tidak sama dengan pemuda dahulu. Orang muda kini lebih terbuka sama ada mereka ahli UMNO mahu pun tidak. Begitu juga dengan harapan mereka kepada kepimpinan Pemuda kini sudah berubah. Orang muda kini berharap agar suara mereka didengari dan dilaksanakan.
Satu perkara lagi yang menjadi tuntutan adalah menghadapi pengundi muda pada PRU 14. Sudah pasti pada PRU 14 nanti akan terdapat lebih ramai lagi orang muda yang bakal menjadi pengundi. Itu pun jika mereka mendaftar sebagai pemilih. Ramai pemuda Melayu yang masih lagi belum mendaftar jika hendak dibandingkan dengan pemuda lain-lain bangsa. Inilah cabaran dan dugaan yang bakal menanti jawatan KETUA PEMUDA.
No comments:
Post a Comment