Tuesday, 2 July 2013

UMNO BAHAGIAN JASIN TIDAK ADA PERTANDINGAN?



Desas desus mengatakan bahawa UMNO Bahagian Jasin pada persidangan bahagian tidak akan ada pertandingan pada musim pemilihan akan datang. Itu cakap-cakap  yang penulis dengar dari teman-teman rapat. Ya...lah masakan pokok bergoyang jika tak ada angin bertiup. Saperti biasa menjelang pilihanraya parti macam-macam cerita dan berita dikhabarkan. Ada yang bertujuan untuk memancing. Kata lain ada agenda tersurat dan tersirat.

Jika benar maknanya Ketua Bahagian masih lagi Tok Mat. Bagaimana pula dengan jawatan Timbalan Ketua bahagian. Adakah Tok Said tidak bertanding dan bersedia melepaskan jawatan kepada YB-YB yang ada atau terus mengekalkan jawatannya. Walau pun sekadar bekas Ahli Parlimen Jasin, sokongan daripada Ketua UMNO Cawangan terhadap beliau tidak boleh dipandangan ringan. Siapakah dikalangan YB yang wajar dipilih nanti. Sama-sama kita nantikan......

Begitu juga dengan jawatan NaibKetua....Setakat ini bunga-bunga dah nampak....tapi tak jelas...apa pun kita
dengar cerita YB Roslan Ahmad ADUN Merlimau di petik akan bertanding jawatan ini. Menang dalam PRK Merlimau dan terpilih sekali lagi pada PRU 13 telah meletakkan calon ini sebagai seorang yang tidak boleh dipandang ringan. Lebih-lebih lagi sebagai ADUN muda adakah YB ini akan mendapat kepercayaan dari sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri......Adakah majoriti berkurangan yang diperolehi ketika PRU 13 akan beri kesan kepada sokongan yang diberikan oleh perwakilan kali ini.....

Bagi Ketua Penerangan UMNO iaitu YB Datuk Hasan Rahman ADUN Sungai Rambai yang pernah cuba untuk mencabar jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan yang lepas tetapi akhirnya menarik diri juga membuka satu lagi lembaran untuk mencabar jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin. Kali ini YB Datuk Hassan Rahman telah dilantik menjawatan jawatan EXCO...Persoalan adakah dengan jawatan baru ini, akan meningkatkan lagi keyakinan beliau untuk mencabar jawatan nombor satu di bahagian Jasin.....

Bagi Setiausaha UMNO Bahagian yang juga ADUN Rim yang sebelum ini ADUN Serkam turut menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin juga tidak boleh diketepikan. Beliau yang dikatakan dalam team Tok Mat akan cuba "test market" kali ini. Kelebihan sebagai SU Bahagian akan digunakan bagi meraih undi dari perwakilan....Terpulang kepada perwakilan sama ada mahukan orang lama atau sudah sampai masanya Jasin diterajui orang baru....

Sementara ADUN Serkam yang baru YB Sdra Zaidi Attan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin masih belum lagi menyatakan pendiriannya. Penggal terakhir sebagai Ketua Pemuda dijangka YB ini akan dapat sokongan dari cawangan nya sendiri dan juga dari perwakilan Pemuda, Puteri dan Wanita. Adakah beliau rasa belum sampai masanya untuk beliau berada dalam jawatan utama UMNO Jasin atau mahu menumpukan kepada kerja-kerja di DUN beliau.....sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment