Wednesday, 10 July 2013

MENGAPA JASIN PERLUKAN KETUA BAHAGIAN YANG BARU?


Mampukah Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin jika ada pertandingan? Jika soalan ini diajukan kepada penyokong setia maka sudah tentu jawapannya berbeza dengan jawapan yang diberikan oleh pencabarnya. Persoalan yang terfikir siapakah yang bakal mencabar beliau pada pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jasin? Adakah Datuk Hassan Rahman, Ketua Penerangan UMNO atau pun Timbalan Ketua UMNO Jasin Datuk Mohd Said Yusof atau pun Setiausaha UMNO Datuk Ghazalee? Semuanya berkemungkinan. Itulah politik hari ini musuh esok jadi kawan begitulah sebaliknya.

Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapa perlu kita tukar Ketua Bahagian jika tiada masalah yang besar dalam parti. Cakap-cakap ini hanya untuk menyedapkan telinga agar orang yang nak mencabar jawatan tersebut menarik balik hajat mereka. Jadi mereka dalam keadaan selamat untuk terus memegang jawatan. Pada ahli-ahli UMNO sendiri kita akan berjumpa dengan alasan yang berbeza. Ada yang mahukan beliau terus memimpin malah ada juga yang suruh beliau melepaskan jawatan tersebut.

Kepada Pemuda, Wanita dan Puteri juga saperti biasa ada yang menyokong dan tidak kurang yang membantah. Kata mereka yang membantah lama dah beliau memimpin, tak ada perubahan yang nyata di Jasin, memimpin dengan corak yang lama, menjadikan kepimpinan UMNO Cawangan berpecah belah dan sebagainya. Memang itulah yang berlaku setiap kali ada pertandingan dalam parti, musnah apa yang dibina selama ini.

Suatu perkara yang wajar dan perlu disedari oleh kepimpinan UMNO Cawangan jika di biarkan kepimpinan lama terus menerajui UMNO Bahagian Jasin, maka apakah peluang UMNO/BN untuk memenangi PRU 14 akan datang nanti. Pengundi muda semakin jauh dengan UMNO. Malah kemarahan mereka itu ditunjukkan bila sebahagian besar mereka tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Ini sangat berbeza dengan kaum bukan Melayu. Orang muda sering mengatakan bahawa pemimpin yang sedia ada hanya mementingkan diri dan kroni mereka sahaja. Buat program di bahagian pun setakat ingin menunjuk dan lepas batuk ditangga. 

Jadi sudah sampai saat dan ketikanya kita menukar kepimpinan UMNO Bahagian Jasin jika mahukan Umno terus relevan di masa akan datang. Gantikan semua AJK jangan malu-malu buat transformasi demi kebaikan semua pihak dulu, kini dan selamanya.

No comments:

Post a Comment