Tuesday, 2 July 2013

JKKK DAN TRANSFORMASI.....BILA AKAN BERLAKU DI MELAKA?


Tahun 2013 memberikan satu sirna kepada institusi JKKK dan JKKB di Melaka. Cadangan untuk menaikkan elaun dan juga pembukaan pejabat JKKK telah mewarnai institusi tersebut. Untuk itu sekalung tahniah dihulurkan kepada Exco berkenaan. Malah kesediaan Exco untuk berdialoq dengan Pengerusi JKKK dan JKKB membuka lembaran baru.

Institusi ini merupakan tempat masyarakat desa dan taman untuk menyuarakan akan keperluan-keperluan setempat sepeti jalan, longkang, parit, dan keperluan-keperluan semasa lain. Sama ada untuk menuntut bagi mengadakan yang baru atau pun menaik taraf yang lama akibat uzur ditelan zaman.

Daripada perbualan penulis dengan beberapa Pengerusi JKKK dan JKKB ternyata idea ini disambut baik. Bagi mereka yang komited wang bukanlah ukurannya sebaliknya kepuasan memberikan khidmat kepada warga menjadi objektif utama. Namun tidak kurang juga yang masih ragu-ragu boleh ke transformasi ini berlaku. Apa pun kita hendaklah letak kepercayaan sepenuhnya kepada Exco berkenaan untuk melakukan pembaharuan dan perubahan.

Melihat kepada persekitaran dan nilai-nilai masyarakat baik desa, pinggir bandar atau pun bandar sendiri telah melalui satu zaman dimana mereka mahukan suara dan idea mereka diambil kira dalam pembangunan sesuatu tempat. Maklum sajalah kini masyarakat bukan sahaja bermaklumat malah ramai yang telah berilmu, jadi sudah pastinya harapan dan permintaan mereka berbeza dengan suatu ketika dulu.

Tranformasi institusi ini diharapkan bukan setakat kepada elaun dan pejabat sahaja malah keanggotaan JKKK juga perlu dibuat pembaharuan. Kemasukan generasi muda dan golongan berilmu serta berpengaruh dijangka dapat memantapkan institusi ini dari segi sumbangan kepada masyarkat setempat. Begitu juga tidak keinggalan dengan pertubuhan sukarela (NGO's).


No comments:

Post a Comment