Wednesday, 18 September 2013
Tuesday, 17 September 2013
PERTANDINGAN 3 PENJURU KERUSI PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN.
MANA SATU NAK PILIH?
3 Calon daripada Pemuda telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Atau mungkin akan ada lagi calon yang menawarkan diri? Sama-sama kita nantikan apabila proses pendaftaran sayap ini ditutup nanti. Setakat ini, inilahlah calon-calonnya. Penulis ucapkan tahniah kepada ke tiga-tiga calon. Kini terpulanglah kepada perwakilan Pemuda untuk memilihnya.
Secara kasarnya ketiga-tiga calon ini bukanlah muka baru dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin. Mereka semua berjawatan dalam pergerakan sayap. Masing-masing telah pun dikenali. Mungkin bagi perwakilan baru kena ambil sedikit masa untuk kenal dengan dengan calon-calon tersebut. Dengan teknologi maya kini, perwakilan dapat mengakses segala maklumat sama ada profile calon, taraf pendidikan, pengalaman memegang jawatan dalam parti mahu pun NGO's. Begitu juga dengan slogan , misi dan visi calon-calon yang bertanding.
Tambahan pula sekarang ini kempen menerusi media arus perdana dan juga alam maya telah pun berlangsung dengan hangatnya. Ketiga-tiga calon telah pun berjumpa dengan Ketua-ketua Pemuda Cawangan dan juga perwakilan setelah kesemua sayap dalam bahagian Jasin telah habis menjalankan persidangan masing-masing. Ada yang berganti ketua pemuda cawangan menerusi pertandingan malah tidak ketinggalan juga yang dapat mengekalkan jawatan masing-masing tanpa dicabar.
Kini semua calon-calon sedang menyusun strategi teknikal dan tektikal bagi memastikan kemenangan. Apa pun kita harapkan agar pertandingan peringkat sayap in berjalan dengan baik dan lancar. Elakkan dari menyerang peribadi dan tidak melanggar etika dan peraturan persidangan. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian adalah satu jawatan yang mencabar kerana bukan mudah untuk menggembeling dan menyatukan orang muda yang kini rata-ratanya berpendidikan menengah dan tinggi. Tarifan dan erti politik bagi mereka tidak sama dengan pemuda dahulu. Orang muda kini lebih terbuka sama ada mereka ahli UMNO mahu pun tidak. Begitu juga dengan harapan mereka kepada kepimpinan Pemuda kini sudah berubah. Orang muda kini berharap agar suara mereka didengari dan dilaksanakan.
Satu perkara lagi yang menjadi tuntutan adalah menghadapi pengundi muda pada PRU 14. Sudah pasti pada PRU 14 nanti akan terdapat lebih ramai lagi orang muda yang bakal menjadi pengundi. Itu pun jika mereka mendaftar sebagai pemilih. Ramai pemuda Melayu yang masih lagi belum mendaftar jika hendak dibandingkan dengan pemuda lain-lain bangsa. Inilah cabaran dan dugaan yang bakal menanti jawatan KETUA PEMUDA.
Wednesday, 11 September 2013
YB ZAIDI ATAN - BERTANDING ATAU TIDAK?
Seorang pemimpin muda yang diketengahkan untuk menjadi calon DUN Serkam pada PRU 13.
Beroleh kemenangan menewaskan calon PAS. Majoriti meningkat.
Adakah wajar beliau bertanding kerusi TOP 5 atau setakat AJK Bahagian saja?
KETUA PEMUDA PPUBJ AKAN DITANDINGI OLEH 3 CALON.
CALON 1 : IMANUDDIN ABD AZIZ.
Kini memegang jawatan sebagai Penolong Bendahari PPUBJ. Dalam pemilihan cawangan yang baru berlalu, calon ini telah dipilih oleh perwakilan cawangan untuk memimpin cawangan tersebut sebagai Ketua Cawangan.
Walau pun berlaku pertandingan 3 penjuru, ternyata ahli-ahli UMNO Cawangan Kg. Rim telah memilih beliau sebagi Ketua Cawangan.
Ini menggambarkan bahawa bukan sahaja ahli-ahli telah meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk memimpin cawangan sebaliknya dari satu segi kepimpinannya telah diiktiraf oleh ahli ahli parti dikawasan beliau sendiri.
Beliau telah menyatakan hasrat untuk menawarkan diri, pengalaman, ilmu, kesetiaan bagi memimpin pergerakkan pemuda agar PPUBJ dapat memberikan sumbangan yang besar bagi parti untuk menghadapi PRU 14.
Pengalaman PRU 13, telah meletakkan parti dalam keadaan tertekan, walau pun kerusi parlimen dan DUN Jasin dapat dikekalkan ditangan UMNO/BN namun situasi PRU 14 keadaan akan sengit lagi.
TIMBALAN CABAR KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN?
Datuk Mohd Said Yusof adalah pemegang jawatan Timbalan ketua UMNO Bahagian Jasin. Mantan ahli parlimen sepenggal ini masih lagi mempunyai pengikut dan sokongan di kalangan ahli-ahli parti dan juga ketua ketua UMNO Cawangan di bahagian Jasin.
Pengalaman beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin serta Timbalan Ketua selama 2 penggal adalah kelebihan kepada nya. Walau pun setakat ini tidak memberikan kenyataaan sama ada akan melanggar Ketua Bahagian ternyata sebahagian besar penyokong-penyokong beliau mengharapkan beliau bertanding kerusi nombor 1 di Jasin.
Persoalan adakah pertukaran ketua-ketua diperingkat cawangan akan memberikan kelebihan dan sokongan kepada beliau untuk bertanding Ketua Bahagian masih lagi belum dapat dipastikan lagi. Namun apa yang menarik perhatian penulis, dari perbualan yang di dengari dikedai-kedai kopi sekitar Jasin, ternyata ahli-ahli parti mahukan berlakunya tansformasi kepimpinan. Alasan mereka mudah, Jasin perlu dibangunkan lagi dari pelbagai sektor. Menurut mereka nama Jasin telah lama tengelam dari persada politik negeri Melaka.
Kepimpian baru diperingkat cawangan mahukan Jasin melalui satu peralihan kepimpinan bagi menyamakan pembangunan yang dialami di Melaka.
KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN BAKAL DICABAR?
Pemilihan kepimpinan UMNO termasuk di Jasin akan mengalami cabaran besar pada sidang pemilihan kali ini. Pertukaan hampir 50% Ketua UMNO Cawangan mungkin akan beri nafas bau kepada kepimpinan UMNO Jasin. Rata-rata orang muda yang ditemui mahukan kepimpinan lama digantikan dengan orang muda yang berpendidikan, ada wawasan serta yang pentingnya dapat membawa satu transformasi kepimpinan kepada UMNO Bahagian mahu pun Cawangan.
Kelesuan yang melanda UMNO Cawangan selama ini dari segi aktiviti dan program, dana dan juga gaya kepimpinan yang lemah tidak dapat dibiarkan berterusan bagi parti untuk menghadapi PRU 14. Berkurangnya majoriti yang diperolehi oleh calon-calon sewaktu PRU 13 kecuali DUN tertentu secara terang dan jelas menunjukkan pengundi khususnya bukan ahli UMNO mahukan kepimpinan BN/UMNO di pegang oleh warga muda yang dapat memberikan suntikan baru kepada parti.
Semacam kebetulan pula bila proses pemilihan di peringkat cawangan mula menunjukkan satu trend perubahan agar parti kurang masalah bila berdepan dengan pengundi pada PRU 14 kelak. Setakat kini, walau pun tiada calon-calon secara terang menyatakan untuk menawarkan diri bertanding kerusi Ketua UMNO Bahagian, tetapi gerakan senyap terus kedengaran akan ada calon yang bakal memberikan tentangan sengit kepada Ketua UMNO sekarang, Datuk Wira Ahmad Hamzah.
Sunday, 1 September 2013
ADA CALON BARU UNTUK NAIB KETUA UMNO BAHAGIAN JASIN?
Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian paada tradisinya dipegang oleh YB Kawasan. Tapi ada juga disesetengah tempat dijawat bukan YB. Bagi UMNO bahagian Jasin, jawatan ini menjadi kerusi YB kawasan.
Berita terbaharu yang di sebarkan mengatakan bahawa ada seorang calon yang berhajat untuk bertanding jawatan ini yang datangnya dari bukan YB. Adakah perwakilan UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri akan menerima calon dan memberikan undi mereka kepada calon berkenaan? masih menjadi tanda tanya kepada admin....
Apa pun kita serahkan kepada perwakilan untuk menentukannya. Di masa proses pengundian nanti, perwakilan begitu besar kuasanya kerana ditangan merekalah akan menentukan nasib calon-calon yang bertanding sama ada mereka menang atau tewas.
Kepada calon yang menawarkan diri itu, adakah beliau sudah berfikir habis atau setakat untuk memeriahkan lagi proses pemilihan di bahagian Jasin. Apa pun dalam sistem demokrasi parti, sesiapa juga layak bertanding asalkan syarat-syarat pertandingan dipenuhi dan diikuti.
Berita terbaharu yang di sebarkan mengatakan bahawa ada seorang calon yang berhajat untuk bertanding jawatan ini yang datangnya dari bukan YB. Adakah perwakilan UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri akan menerima calon dan memberikan undi mereka kepada calon berkenaan? masih menjadi tanda tanya kepada admin....
Apa pun kita serahkan kepada perwakilan untuk menentukannya. Di masa proses pengundian nanti, perwakilan begitu besar kuasanya kerana ditangan merekalah akan menentukan nasib calon-calon yang bertanding sama ada mereka menang atau tewas.
Kepada calon yang menawarkan diri itu, adakah beliau sudah berfikir habis atau setakat untuk memeriahkan lagi proses pemilihan di bahagian Jasin. Apa pun dalam sistem demokrasi parti, sesiapa juga layak bertanding asalkan syarat-syarat pertandingan dipenuhi dan diikuti.
TIMBALAN KETUA UMNO JASIN AKAN BERTANDING MT?
Yang berbahagia Datuk Mohd Said Yusof kini memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin 2008-2011. Dari angin yang bertiup kedengaran beliau akan menawarkan diri sebagai Majlis Tertinggi UMNO. Jika betul ianyanya satu transformasi bagi UMNO Jasin untuk seorang AJK Bahagian bertanding untuk jawatan tertinggi parti.
Sewajarnya niat beliau itu disokong sepenuhnya oleh AJK Bahagian dan seluruh Ketua Cawangan di bahagian Jasin bagi seorang pemimpin mereka untuk bertanding di peringkat MT.
Subscribe to:
Posts (Atom)