Thursday, 20 June 2013
KERAJAAN TERBUKA MELAKA.: WAJAR DISOKONG?
Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Wira Ir Haji Idris Haron bahawa kerajaan negeri Melaka akan mengamalkan konsep terbuka. Ini bermakna tidak kira sama ada orang sendiri mahu pun pihak lawan boleh buat cadangan, kritik, pandangan dan sebagainya. Seingat penulis dulu ada seorang Ketua Menteri dari utara cuba mempraktikkan amalan kerajaan C.A.T. Entah macam mana hanya tinggal pada nama sahaja. Atau kegagalan ini juga berpunca dari UMNO juga?
Memang sikap semula jadi manusia inginkan orang lain terbuka hinggakan kadang kala mereka sendiri yang tertutup. Biasalah manusia......Dari sudut positif nya dengan bersikap terbuka banyak idea baru boleh dijana demi kebaikan pengundi dan masyarakat. Namun adakah YB Pembangkang dapat mengenepikan agenda parti mereka demi kebaikan bersama....senang diucap sukar dilakukan.....
Apa pun jika ini menjadi kenyataan maka tidak kah seluruh penduduk Melaka akan dapat kebaikan. Tidakkah ini yang kita harapkan dari YB-YB tidak kira BN atau pembangkang yang telah pun kita beri undi sebelum ini....fikirkan lah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment